KEBAIKAN MENGGUNAKAN NoteToons
NoteToons diinovasikan dengan membawa ciri-ciri kebaikan seperti berikut:
1. Menghilangkan rasa bosan untuk membaca buku teks.
2. Boleh membaca isi pelajaran berulang kali tanpa jemu.
3. Mampu membantu pelajar meningkatkan kuasa mengingat terhadap isi pelajaran yang dipelajari di
dalam kelas.
4. Membantu meningkatkan pelajar memperbaiki pencapaian akademik dalam subjek yang sukar
dipelajari.
5.Pelajar lebih minat terhadap subjek yang dipelajari.
Di samping itu, NoteToons juga mempunyai ciri-ciri tambahan yang hebat seperti berikut:
1.Menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri pelajar.
NoteToons mampu menggerakkan keupayaan otak kiri dan otak kanan kerana apabila pelajar
menghasilkan NoteToons, ia membuatkan pelajar menggunakan kedua-dua belah hamisfera otak iaitu otak kiri dan otak kanan secara serentak. Otak kiri berfungsi untuk kebolehan rasional, analisis, logik, berstruktur dan terancang. Otak kanan pula untuk intuitif, kreatif, sintesis dan imaginasi.Penggunaan serentak kedua-dua hamisfera ini dalam proses pembelajaran, lebih mudah dicapai serta mesej kekal dalam ingatan jangka panjang pelajar.

2.Meningkatkan daya tumpuan.
ketika menghasilkan NoteToons tumpuan pelajar terhadap hasil karyanya adalah tinggi. ini mampu
mendidik pelajar menjadi lebih sabar dan fokus terhadap NoteToons yang dihasilkan.
3.Menggerakkan daya kretiviti dan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS).
Penghasilan NoteToons mampu mendorong pelajar menjadi lebih kreatif kerana pelajar perlu
mencipta watak dan jalan ceritanya sendiri dengan menggunakan isi kandungan mata pelajaran.
Aktiviti ini melibatkan pelajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mencipta.
4.Memotivasikan pelajar.
Menurut Cleaver S. (1999), beliau menyatakan komik adalah berkesan menarik perhatian pelajar yang tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Pelajar yang biasa menimbulkan masalah semasa

No comments:
Post a Comment