Thursday, May 1, 2014


CONTOH-CONTOH NOTETOONS

NOTA PENDIDIKAN PERDAGANGAN- PENGENALAN


NOTA PENDIDIKAN SAINS - TUAS

NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL - ARCA
NOTA PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS - ENGLISH COMMUNICATIONS







Wednesday, April 23, 2014

TUTORIAL PIXTON

Panduan Menggunakan Aplikasi Pixton Online


Kepada yang teringin dan ingin mencuba menghasilkan NoteToons sendiri tetapi tidak pasti, bolehlah melihat tutorial nya terlebih dahulu.

Untuk makluman, Pixton ini menyediakan 3 jenis perkhidmatan iaitu:
1. Pixton for Fun
2. Pixton for School
3. Pixton For Bussiness

Fokus kita untuk membuat NoteToons ini adalah hanya kepada Pixton for Fun kerana ia adalah PERCUMA.

Sila dapatkan text tutorial aplikasi Pixton anda di sini. Anda boleh pilih man-mana tutorial yang dirasakan sesuai untuk anda terokai.

1. Tutorial 1
    Sila Klik DI SINI

2. Tutorial 2
    Sila Klik DI SINI

3. Tutorial 3
    Sila Klik DI SINI

Di sini saya sertakan 2 buah video yang boleh memberi gambaran betapa hebatnya aplikasi PIXTON dalam membantu kita menghasilkan NoteToons.





SOKONGAN TEKNIKAL

Sokongan Teknikal NoteToons

Selain daripada blog NoteToons sendiri, sokongan teknikal juga boleh diperolehi daripada sumber-sumber yang berikut:

1. Blog Pixton 
    Sila Klik di sini Blog Pixton



2.  Facebook Pixton
     Sila Klik Facebook Pixton



3. Laman Web Pixton
    Sila Klik Web Pixton


4.  Facebook Guru Alaf 21
     Sila Klik Guru Alaf 21



PERISIAN NOTETOONS

Apakah perisian yang terbaik untuk mengahsilkan NoteToons?


Pelbagai perisian komik yang disajikan di inetrnet seperti Chogger, Toondoo, Kerpoof Storyboard, Pixton, Make Beliefs Comix, Ragemaker, Rage Builder, Bitstrips, Strip Generator dan lain-lain. 

Dalam menghasilkan NoteToons, saya mencadangkan anda menggunakan aplikasi PIXTON yang mana ia boleh diperolehi secara percuma secara online di sini Pixton.



Kelebihan Aplikasi PIXTON

1. Berwarna warni, ekspresif, kreatif.
2. Watak berorientasikan manusia.
3. Emosi watak yang pelbagai dan boleh diubahsuai.
4. Props yang banyak dan bilangannya sering bertambah.
5. Boleh menggunakan template yang disediakan atau bermula dari awal.
6. Boleh 'remix' komik untuk menghasilkan komik baru.
7. Amat mudah untuk menghasilkan komik secara bersiri.
8. Komik boleh dikongsi terus dari lam web melalui email, facebook, twitter, google plus dan semua 
    laman web sosial lain termasuk VLE dan IMS seperti weChat , Telegram, whatsApp, Line, Kakao 
    Talk, Viber dan lain-lain.
9. Komik juga boleh dimuat turun dijadikan format bergambar untuk dibukukan atau dijadikan produk 
    lain seperti bookmark, flyers, brochure dan lain-lain.


KEPERLUAN MENGHASILKAN NOTETOONS?

Apakah Keperluan Untuk Menghasilkan NoteToons?

Keperluan untuk menghasilkan NoteToons adalah mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi malah jika anda seorang guru atau pelajar di bawah KPM anda boleh menghasilkannya dengan PERCUMA. 

Keperluannya adalah seperti berikut:

1. Akaun e-mail yang aktif.
2. Talian Internet.
3. Notebook/ PC/ Tab dll yang bersesuaian.
4. Buku Teks atau nota yang sah kandungannya.
5. Perisian menghasilkan NoteToons/ bakat melukis katun.
6. Masa (kalau tak ada masa macamana nak hasilkan NoteToons? he he he)


Haa.. mudah bukan? Semuanya memang sudah tersedia di sekolah atau di IPT. Cuma terpulang kepada kita untuk memperuntukkan masa bagi memajukan diri sendiri... Ayuh mari kita mulakan NoteToons.


KEBAIKAN MENGGUNAKAN NoteToons

NoteToons diinovasikan dengan membawa ciri-ciri kebaikan seperti berikut:

1. Menghilangkan rasa bosan untuk membaca buku teks.
2. Boleh membaca isi pelajaran berulang kali tanpa jemu.
3. Mampu membantu pelajar meningkatkan kuasa mengingat terhadap isi pelajaran yang dipelajari di 
    dalam kelas.
4. Membantu meningkatkan pelajar memperbaiki pencapaian akademik dalam subjek yang sukar 
   dipelajari. 
5.Pelajar lebih minat terhadap subjek yang dipelajari.

Di samping itu, NoteToons juga mempunyai ciri-ciri tambahan yang hebat seperti berikut:

1.Menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri pelajar.
 NoteToons mampu menggerakkan keupayaan otak kiri dan otak kanan kerana apabila pelajar
 menghasilkan NoteToons, ia membuatkan pelajar menggunakan kedua-dua belah hamisfera otak iaitu  otak kiri dan otak kanan secara serentak. Otak kiri berfungsi untuk kebolehan rasional, analisis, logik,  berstruktur dan terancang. Otak kanan pula untuk intuitif, kreatif, sintesis dan imaginasi.Penggunaan  serentak kedua-dua hamisfera ini dalam proses pembelajaran, lebih mudah dicapai serta mesej kekal  dalam ingatan jangka panjang pelajar.
     
2.Meningkatkan daya tumpuan.
   ketika menghasilkan NoteToons tumpuan pelajar terhadap hasil karyanya adalah tinggi. ini mampu 
   mendidik pelajar menjadi lebih sabar dan fokus terhadap NoteToons yang dihasilkan.

3.Menggerakkan daya kretiviti  dan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS).
  Penghasilan NoteToons mampu mendorong pelajar menjadi lebih kreatif kerana pelajar perlu     
  mencipta watak dan jalan ceritanya sendiri dengan menggunakan isi kandungan mata pelajaran. 
  Aktiviti ini melibatkan pelajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mencipta.

4.Memotivasikan pelajar.
   Menurut Cleaver S. (1999), beliau menyatakan komik adalah berkesan menarik perhatian pelajar yang    tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Pelajar yang biasa menimbulkan masalah semasa 
   pembelajaran akhirnya menjadi pelajar yang tekun semasa pembelajaran menggunakan NoteToons.




    
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN NoteToons?


NoteToons diinovasikan untuk membantu mereka yang mengalami gejala berikut:

1. Tidak gemar membaca buku teks yang mempunyai huraian yang panjang lebar.
2. Sukar mengingati isi-isi penting dalam sesuatu topik.
3. Tidak ada tumpuan ketika belajar.
4. Pencapaian akademik sederhana dan rendah.
5. Menganggap sesuatu subjek tersebut sukar dikuasai atau subjek tersebut memang sukar nak skor.